Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta, Jakarta Raya) merupakan ibu negara Indonesia, dan juga merupakan satu-satunya bandaraya di Indonesia yang bertaraf provinsi atau negeri. Jakarta terletak di bahagian barat laut Pulau Jawa. Dahulunya, Jakarta pernah dikenali dengan nama Sunda Kelapa (sebelum tahun 1527), Jayakarta (1527-1619), Batavia, atau Jacatra (1619-1942), dan Djakarta (1942-1972).
Jakarta memiliki luas sekitar 661,52 km² (lautan : 6.977,5 km²), dengan penduduk berjumlah 7,552,444 orang (2007). Wilayah Bandaraya Jakarta (Jabodetabek) yang diduduki sekitar 23 juta orang, merupakan kawasan metropolitan yang terbesar di Indonesia dan kedua terbesar di dunia.
Sebagai sebuah ibukota Indonesia,
Jakarta menarik pendatang daripada seluruh Indonesia, ini disebabkan
oleh pertumbuhan ekonomi yang tidak menyeluruh ke seluruh daerah
menyebabkan satu jurang urbanisasi
yang besar. Urbanisasi inilah yang membawa kepada pelbagai budaya masuk
ke Jakarta. Suku-suku yang mendiami Jakarta ialah Suku Melayu Betawi,
Jawa, Sunda, Minang, Batak, dan Tionghoa. Budaya lain yang turut menular
di Jakarta adalah bahasa pergaulan yang digunakan oleh golongan remaja.
Contohnya: Please donk ah! dan So what gitu loh!. Budaya
Betawi sebagai budaya utama tidak diendahkan oleh rakyat tempatan sama
ada Indonesia mahupun budaya Barat. Untuk melestarikan budaya Betawi,
dibina satu pemulihan budaya di Situ Babakan.
download logo DKI jakarta
EmoticonEmoticon